Slogan Kita

"walaupun diantara kita berbeza idealogi,berbeza pendapat dan sebagainya lagi tapi ketahuilah satu perkara yang kita adalah sahabat dan teman selamanya."

Friday 27 July 2012

OAG - Friday I'm In Love (Official MV)

buku berhabuk.....

sekian lama menghilang kerana terikat dengan tugas yang terlalu padat dan sentiasa kesempitan waktu untuk terus bersama kengkawan di arena maya tampa suara.Inilah fitrah kita sebagai hamba ALLAH yang diberi tanggungjawab untuk dilaksanakan.Adakah ini penunjuk arah kepada kita bahawa semakin hari kita semakin tua kerana ketika ini kita tidak mampu untuk terus mengintai waktu bersama bercerita nostalgia kenangan zaman remaja kita dulu. Kini kita hanya umpama si BISU yang berbicara di alam maya.Hakikatnya samangat setia kawan yang wjud antara kita akan terus berkembang dari masa ke semasa tampa ada sebarang sempadan.Mungkin satu hari nanti kita akan bebicara menggenai cucu pula kerana hari ini kita terlalu asyik berbicara tentang permata hati masing2.... korang faham ke apa yg aku tulis ni....hmmmmmmmmmm

Sunday 18 December 2011

Organization Chart 2012

Organization Chart 2012 Geng Xsmk(A)sl 87-91.

Senarai AJK dan kengkawan akan di update secepat yg mungkin.

just for general info about malaysia ID number

First 6 digits are your DOB.

Centre 2-digit is your place of birth.
Johor 01,   21,22,23,24
Kedah 02,    25, 26, 27
Kelantan 03,   28, 29
Melaka 04,   30
Negeri Sembilan 05,   31,59
Pahang 06,   32, 33
Pulau Pinang 07,    34, 35
Perak 08,     36, 37, 38, 39
Perlis 09,    40
Selangor 10,    41, 42, 43, 44
Terengganu 11,    45, 46
Sabah 12,     47, 48, 49
Sarawak 13,    50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (KL) 14,     54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan) 15,    58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
Unknown Country 82

Last number and its last digit represents the gender.
Male = odd  (ganjil)
Female = even(genap)

Thursday 15 December 2011

Hubungan Suami Isteri Menurut Islam

Membicarakan tentang seks perlu sikap yang amat berhati hati kerana ia memerlukan adab dan penggunaan bahasa yang terkawal supaya tidak memperlihatkan isu ini menjadi nampak lucah dan menjijikkan. Bagaimanapun seks tetap menjadi isu penting untuk diketengahkan kerana banyak orang dapat berbual tentang isu seks ini sambil diiringi hilaian ketawa penuh ghairah dan merangsangkan. Lebih dahsyat lagi seks telah diketengahkan dalam berbagai bentuk dan gaya yang hanya menaikkan syahwat sahaja dan lebih banyak nilai komersil dari nilai-nilai pendidikan. Ini membawa keuntungan besar bagi banyak pihak terutama dalam semua jenis media massa, sedangkan apa yang diketengahkan oleh media massa bukanlah pengetahuan seks yang sebenarnya. 

Dalam Islam isu seks bukanlah sesuatu yang tabu atau memalukan untuk diketengahkan , bukan juga hanya semata mengetengahkan hukum halal dan haram. Ini disebabkan melakukan hubungan seks termasuk ibadah dalam rumahtangga seorang muslim. Dalam sunnahnya Nabi saw menyarankan seorang lelaki memilih wanita yang dapat melahirkan banyak anak. Ingin mempunyai anak adalah urusan bagaimana hubungan seks dilakukan oleh pasangan ditambah juga ada beberapa hadis yang mencatat doa doa dan tatacara hubungan seks oleh pasangan Muslim/Muslimah agar mendapat berkah kehangatan dan kenikmatan hubungan seks suami isteri disamping dapat melahirkan anak anak yang soleh/solehah.

Banyak pasangan Muslim/Muslimah tidak didedahkan dengan hadis-hadis tentang hubungan seks suami isteri yang lengkap. Ini disebabkan umat selalu merujuk hal ini kepada pakar perubatan atau kaunselor sahaja seolah olah Islam bukan tempat rujukan yang tepat. Asasnya perlu dibentuk dengan gaya dan cara yang sopan agar tidak terlalu menonjol atau mendatangkan fitnah dalam usaha menyampaikan dakwah.

Banyak nasihat dalam hadis-hadis Nabi saw tertuju kepada kaum lelaki kerana kelihatannya pengurusan hubungan seks adalah perkara yang amat penting bagi para suami. Malah melayani hubungan seks dalam rumahtangga termasuk isu ketaatan bagi para isteri. Banyak para wanita telah diberikan beberapa hadis ini sebelum mendirikan rumahtangga.

DALAM Al-Quran Allah SWT memberikan "kebenaran' kepada suami untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya pada bila-bila saja. Hal ini seperti dinyatakan dalam firmanNya yang bermaksud: 
"Isteri-isteri kamu adalah sawah ladang kamu, maka datangilah sawah ladangmu itu dengan cara yang kamu sukai." (Surah al-Baqarah, ayat 223)
Bagaimanapun, sebenarnya dalam ayat itu ada beberapa ajaran yang tersirat, iaitu 
"Mendatangi sawah ladang mestilah dilakukan pada waktu dan masa yang sesuai, bukan sesuka hati".
"Jika suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya lalu dia menolak ajakan tsb. hingga ia menjadi marah, maka para malaikat akan melaknatinya sampai subuh." (HR.Ahmad, Bukhari dan Muslim)
"Hak suami terhadap isterinya adalah tidak menghalangi permintaan suaminya kepadanya sekalipun sedang di atas punggung unta".
Tetapi janganlah kita menggunakan ayat ini untuk melakukan seks didalam kereta pulak nanti padah, terjadi kemalangan jalanraya. Tapi ayat itu bermaksudnya bertapa pentingnya permintaan sang suami yang tidak boleh ditolak oleh sang isteri dalam melakukan hubungan seks.

Dalam buku Fiqhus Sunnah karangan Sayyid Sabiq Ibny Hazam berkata: 

Suami wajib mengumpuli isterinya sedikitnya satu kali setiap bulan jika ia mampu. Kalau tidak, bererti ia durhaka terhadap Allah SWT. Kebanyakan Ulama sependapat dengan Ibnu Hazm walaupun terdapat beberapa perbedaan pendapat. Bagaimanapun ini memperlihatkan bahawa keperluan hubungan seks bukan semata kepentingan para suami tetapi juga keperluan naluri kewanitaan dalam hubungan lelaki/wanita.

Suatu malam Khalifah Umar Al Khattab meronda kota Madinah dan Umar mendengar keluhan dan rintihan seorang wanita dalam rangkapan kata katanya: 

Malam ini begitu panjang dan tepi langit begitu hitam. Sudah lama aku tiada kawan untuk bersenda gurau. Demi Allah!. kalau tidak kerana takut kepada Allah SWT semata mata tentulah kaki kaki tempat tidur ini sudah bergoyang-goyang. Tetapi, O Tuhanku! Rasa malu cukup menahan diriku Namun, suamiku sungguh lebih mengutamakan mengendarai untanya. 

Rupanya suami wanita ini selalu bertugas pergi berjihad fisabilillah. Saidina Umar kemudian menetapkan waktu tugas bagi tenteranya untuk berada di medan tempur hanya selama enam bulan, sebulan untuk pergi, empat bulan di medan tempur lalu sebulan untuk pulang.

Dari kisah di atas memperlihatkan bahawa keperluan hubungan seks bukan saja keinginan kaum lelaki tetapi juga keinginan semula jadi wanita apa lagi dalam ikatan yang sah sebagai suami/isteri. 

Seorang sahabat Nabi SAW pun pernah menyelesaikan masalah seorang wanita yang mengadu hal tentang suaminya yang tidak suka melayani keinginan seksnya kerana hanya suka berpuasa dan bersolat sepanjang masa. Lalu sahabat ini menasihati suami wanita ini melalui hujjahnya:
"Sesungguhnya isterimu mempunyai hak atas dirimu. Bahagian dia ada pada yang empat (dua paha lelaki, dua paha perempuan) bagi orang yang berakal. Berikanlah kepadanya. Dan janganlah anda perpanjang alasan."
Rasulullah saw bersabda:
"Bagi kamu melakukan jima' (hubungan seks) dengan isterimu adalah satu pahala. lalu para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kita menyalurkan syahwatnya akan mendapat pahala? Jawabnya: bagaimana pendapatmu kalau dia menyalurkan syahwatnya itu pada yang haram, apakah ia berdosa? Begitulah jika ia meletakkannya pada yang halal, maka ia mendapat pahala."(HR. Muslim )
Malah Rasulullah saw mengajarkan ini:
"Jika seseorang di antara kamu melakukan hubungan seks dengan isterinya hendaklah bersungguh sungguh. Bila ia sedang menyelesaikan keperluannya itu padahal isterinya belum sampai kepada klimaksnya, maka janganlah ia tergesa gesa (untuk mengakhirinya) sebelum keperluan isterinya diselesaikan pula". 
Hadis ini memperlihatkan bahawa hubunga seks suami isteri bukan semata pemuasan hawa nafsu satu pihak sahaja tetapi juga keperluan fisik dan biologi kedua keduanya, suami dan isteri. Misalkan lagi tentang Azl. Azl adalah satu kaedah hubungan seks yang biasa dilakukan oleh bangsa Arab untuk menjarakkan kehamilan yaitu suami mengeluarkan air maninya di luar faraj isterinya. Dalam kaedah ini Nabi saw mendiamkan tanpa bantahan. Mazhab Hanafi berpendapat bahawa Azl itu boleh jika isteri setuju dan makruh jika isteri tidak setuju. Pendapat fiqh ini memperlihatkan bahawa kepuasan melakukan hubungan seks tetap menjadi perkara utama dalam hubungan suami isteri.

Setiap pasangan suami isteri haruslah melihat hubungan seks dari sudut yang betul dan tepat kerana hubungan seks bukan semata hanya memenuhi keinginan fisik tetapi lebih dari itu. Banyak pasangan yang hidup bertahun tahun tidak dapat menikmati kepuasan hubungan ini malah banyak pula yang merasa hambar, kurang daya upaya yang akhirnya hanya sekadar menjadi tugas rutin semata. Akibatnya ada yang mencari jalan keluar dengan tarikan tarikan seks yang lain seperti hubungan seks luar nikah atau sekadar menonton video-video lucah sehingga sukar menjauhi perbuatan onani walaupun sudah ada isteri atau suami.

Sunat 

Sunat melakukan persetubuhan pada malam Jumaat dengan syarat ketika suami menginginkan hubungan berkenaan isteri berada dalam keadaan suci tanpa uzur.
Perkara ini berdasarkan riwayat bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Siapa yang mandi junub pada Jumaat dan dia pergi ke masjid, maka dia seperti telah berkorban seekor kambing."
Makruh 

Makruh melakukan hubungan seks apabila satu pihak berada dalam ketakutan, waktu yang tidak sesuai, tidak ghairah dan semua keadaan yang boleh membuat hubungan seks itu tidak mencapai matlamat sebenar.

Haram 

Haram hukumnya melakukan hubungan seks apabila isteri berada dalam keadaan haid seperti firman Allah SWT, maksudnya: 
"Janganlah kamu mendekati mereka (isteri kamu untuk melakukan hubungan seks) hingga mereka bersih." (Surah al-Baqarah, ayat 222).
Pakar perubatan moden juga bersetuju bahawa perempuan yang sedang haid tidak boleh disetubuhi kerana pada waktu itu mereka sedang mengeluarkan darah kotor yang mengandungi banyak kuman dan bakteria.

Di samping itu, pada masa haid saraf alat kelamin mereka sedang berada dalam keadaan yang tidak stabil. Diharamkan juga bersetubuh pada siang puasa Ramadan dan pada waktu melaksanakan ihram atau menyetubuhi isteri melalui duburnya.

Demikian besarnya perhatian Islam dalam masalah pernikahan, khususnya masalah hubungan seksual hingga suami dan isteri tidak ada berasa dirugikan atau dipaksa.

Perkara itulah yang dipesan Rasulullah SAW dalam sabdanya: 
"Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan perempuan. Sesungguhnya kamu ambil mereka dengan amanah Allah dan kamu halalkan mereka dengan kalimah Allah." (Hadis riwayat Muslim) 
Dengan kesedaran ini, maka suami dan isteri akan melakukan hak dan kewajipan mereka dengan baik berdasarkan panduan Al-Quran dan sunnah. Tidak akan ada yang berasa dizalimi atau menzalimi. Suami dan isteri sama berusaha menciptakan keluarga bahagia baik di dunia atau akhirat.

Wasallam.
 
credit untuk :: resepirahsiaku

Friday 2 December 2011

Apa itu Viber / WhatApp dan bagaimana berfungsi

Salam,
Penghujung bulan ni group kita membincangkan isu FREE CALL dan isu system VIBER dan Whatapp.
Ramai yang berminat dan ingin tahu.Sebenarnya ini adalah alternatif untuk penjimatan panggilan dan saya cuba terangkan cara y mudah dan bagaimana ianya berfungsi dari sudut penggetahuan dan apa yang saya telah gunakan selama ini.Jika ada maklumat yang tidak lengkap dan tepat saya minta maaf dan sila beri teguran dan kita kongsi bersama.



Viber
Pengguna  Bebas untuk Berkomunikasi membuat Panggilan dan MSG  pada sesiapa dan bila2 masa sahaja dan ianya PERCUMA. ( anda mestilah menggunakan aplikasi yg telah dimuat turun ke telefon dan mempunyai akses internet dan penerima juga harus mempunyai aplikasi dan akses internet juga)

Viber adalah * Android dan aplikasi iPhone yang membolehkan anda membuat panggilan telefon percuma dan menghantar mesej teks percuma kepada pengguna lain yang mempunyai Viber dipasang. Apabila anda menggunakan Viber, panggilan telefon anda kepada pengguna Viber mana-mana adalah percuma, dan kualiti bunyi yang lebih baik berbanding panggilan biasa. Anda boleh memanggil mana-mana pengguna Viber, mana-mana tempat di dunia, secara percuma dan kini juga teks .  
Semua ciri-ciri Viber 100% PERCUMA dan tidak memerlukan apa-apa tambahan "dalam permohonan" pembelian.

Baca polisi privasi kami di sini: http://www.viber.com/privacy
____________________________________________________________________

di bawah saya telah buatkan sedikit tatacara untuk pengguna dengan cara yg ringkas dan mudah untuk difahami.
Mula2 sekali pastikan telefon anda mempunyai aplikasi Android Versi ( 2.6.32.9 ) ke atas.
( adalah aplikasi yg terbaik)
logo aplikasi android



Jika telefon anda mempunyai Aplikasi Android secara automatik anda juga mempunyai Android Market.
2 contoh icon "Market"






Biasanya di skrin telefon anda akan terpapar logo diatas.
(ianya bergantung pada setting telefon masing2 dan juga setiap jenis telefon terdapat sedikit paparan yang berbeza ). 


2 contoh paparan "market' di Skrin telefon  ( bulatan dan kotak warna merah)

 Sebelum anda menggunakan VIBER pastikan sambungan internet telah tersedia. 
(wi fi @  mobile broadband)

Sila Touch Skrin pada "market" dan paparan di bawah akan keluar.




Jika paparan diatas telah keluar, sila cari atau pilih TOP FREE melalui page yg disediakan dalam Android Market tersebut. ( page tersebut boleh dipilih meLalui select point disudut atas)


Paparan dibawah akan keluar setelah dipilih TOP FREE page.
(adakalanya paparan berbeza sedikit pada icon ,sila cari icon VIBER atau Whatapp.)

kotak merah adalah Aplikasi Viber dan WhatApp.
Anda juga boleh memuat turun lain2 aplikasi yang diminati seperti game,kamus, check saman dan ada banyak lagi disitu yang telah tersedia untuk dimuat turun.
Anda cuma perlu memilih menggikut kesesuaian dan keperluan anda.Perlu di ingatkan ada juga aplikasi yang berbayar.


Setelah anda memilih Viber untuk di muat turun paparan dibawah akan keluar.
aplikasi untuk Viber
aplikasi untuk WhatApp
Bilamana paparan ini keluar sila tekan Intallation dan secara automatik Aplikasi tersebut akan dipasang ke telefon bimbit anda.
(Paparan diatas tiada untuk butang Installation kerana ianya telah tersedia di telefon.)


Setelah berjaya dalam proses pemasangan tersebut ,anda boleh memilih untuk meletakan icon yg telah dipasang tersebut di muka depan telefon bimbit anda ( front page screen) untuk memudahkan anda menggunakan aplikasi tersebut nanti.
dari paparan di atas saya teleh memasang beberapa aplikasi yang selalu saya gunakan.




Oh....ya, mungkin saya terlupa 1 perkara.Sewaktu anda mahu menggunakan, anda diminta untuk memberikan email anda pada "centre" admin,anda juga diminta untuk memberikan no telefon bimbit anda dan seterusnya ACTIVE CODE ( 4 angka ) akan dihantar ke telefon bimbit anda sebagai penggesahan.
Setelah itu anda akan diminta untuk fill up Code tersebut dan hantar kembali ke "centre Admin" untuk tujuan aktifkan viber/WhatApp dan penggesahan.
Saya mungkin terlupa beberapa langkah keselamatan yg disediakan oleh penggendali Viber / WhatApp,...anda hanya perlu ikut saja arahan yg diberikan dan saya pasti anda akan berjaya menggunakan aplikasi tersebut.
( saya telah menggunakan Viber / WhatApp untuk tempoh yg lama dan saya telah lupa langkah Keselamatan dan arahan yg dibuat oleh penggendali perkhimatan ini,...so saya tak mampu untuk menerangkan dengan lebih teliti dan terperinci)


setelah semua perkara berbankit diatas telah anda selesaikan,
Kini anda telah bersedia untuk menggunkan Viber dan paparkan di bawah akan keluar
Phone Book anda akan kelihatan Pengguna yg telah ada aplikasi  Viber dan anda boleh berhubung dengan mereka secara PERCUMA  dimana saja mereka berada.



Setelah anda memilih nama untuk di hubungi, kini anda boleh memilih untuk sms atau call. Kedua-dua adalah PERCUMA.
Jika anda memilih untuk SMS, anda juga boleh menghantar gambar, lagu, suara dan banyak lagi.
Terpulang pada anda. 


Jika anda memilih untuk FREE CALL ,maka paparan dibawah akan keluar.
Contoh Paparan Viber Call
Jika Anda memilih Viber MESSAGE,paparan dibawah akan keluar.

Anda juga boleh menghantar gambar kepada kawan anda sama ada gambar melalui gallery atau gambar yg terkini...apa yg perlu dibuat hanya tekan gambar KEMERA di sudut bawah kiri tersebut.


Jika anda menggunkan WhatApp...sila lihat gambar dibawah.
Setelah anda memilih whatApp...maka paparan dibawah akan keluar dan anda hanya perlu membuat pilihan untk membuat CALL atau MSG.
Jika Call tekan terus nombor tersebut dan jika MSG tekan gambar pencil di atas kanan .


yang best WhatApp ni boleh buat attachments file gambar, lokasi terkini kita, hantar lagu dan suara kita.
cuba lihat msg yg telah dibuat seperti paparan dibawah.





setiap Aplikasi terdapat kelebihan dan kekurangan,...jadi terpulang pada anda untuk memilih dan membuat pendirian sendiri dalam hal ini.

Pada pendapat saya ,kelemahan yg ketara bila mana install aplikasi ni adalah:

Bila kita nak buat normal call kita kena blog dgn satu arahan,
Nak guna normal call atau Viber,WhatApp....seperti image dibawah...
Lepas buat pilihan baru leh buat call normal.

Gua kena pilih dailer setiap kali nak buat normal call....ini membuatkan ada delay 30 second.




SEMUA MAKLUMAT DIATAS UNTUK ANDROID APLIKASI SAHAJA...
UNTUK NOKIA,BLACKBERRY DAN LAIN2 SAYA TAK TAU APLIKASI DIA CAM NER.....
TU KENA TANYA IRWAN MAHMUD.
KLAU TAK SALAH NOKIA GUNA OVI...BB..HMMMMM ENTAH LE..


nak maklumat lanjut sila lihat link video dari youtube yg telah disediakan oleh Viber.



terima kasih.

Tuesday 22 November 2011

Panduan membeli kereta terpakai




Pandu uji secukupnya sebelum beli kereta terpakai

BADAN kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin



Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya. 


Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.

SELEPAS itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.



Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar.


JURUJUAL mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain. 


Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.


Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak. 


Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri. 



TINGKATKAN kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti. 


Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi. 


Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki. 


Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.


KEMUDIAN pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.

KEMBALI semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya. 




Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.