
DAN
 
AMARAN :  Jika  ada fakta atau apa jua info yang diberikan jangan mempercayainya  100%.Sila rujuk dan menilainya sendiri sama ada benar atau tidak.Saya  bukan nak nak memperbodohkan anda ,terpulang pada anda semua untuk menilainya sendiri.Tujuan saya adalah satu memberi hiburan dan info  kepada semua kengkawan dan jangan terlalu emosional jika ada yang  mengarut.Saya tak suruh anda semua mempercayainya 100%. Ianya sekadar kisah dan bertujuan untuk mencari sedikit pengganjaran dari cerita tersebut.
****************************************************************************
 Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia  utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi  langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara  itu..."
 
 "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "
 
 Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru  ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau  maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."
 
 Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."
 
 Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"
 
 disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
 
 Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
 
 Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"
 
 Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"
 
 Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
 
 Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"
 
 "Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian  tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. 
Orang tersebut x dapat membuka  sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi  ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap  agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang  dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari  sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk  menjadi saksi dalam perkara ini." 
Malaikat menjawab dengan tenang,  "Silakan wahai bulu mata"
"Terus terang sahaja, menjelang  ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian  air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah  dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba  yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi  dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api  neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa  dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL............
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN  DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI  KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT 
sumber :dunia macam-macam 
****************************************************************************
 Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah 
 
  melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi 
 
 tempat mayat itu diletakkan.. 
 
 "Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi 
 
 seorang doktor", kata pensyarah itu. 
 
 "Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai 
 
 contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, 
 
 menariknya semula dan menjilat jarinya itu. 
 
 "Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu. 
 
 Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. 
 
 Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. 
  
Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan  berkata,
 
 "Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti 
 
 tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk..... 
 
 SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!! 
sumber :dunia macam-macam  
****************************************************************************
 
Tangisan menurut perspektif Islam, boleh dibahagikan kepada dua jenis  iaitu tangisan yang berbentuk negatif dan tangisan yang berbentuk  positif. Tangisan yang dilarang ialah seperti meraung dan melolong  dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian.
Tangisan seperti ini bukan sahaja dipandang negatif kepada orang yang melakukannya tetapi juga mayat yang diratapinya itu turut  terseksa kerana perbuatannya. Ini berbeza dengan tangisan positif iaitu  tangisan yang terjadi kerana cinta dan takut kepada Allah. 
Malah Nabi Muhammad pun menangis bila mengenangkan kesengsaraan dan  penderitaan yang dihadapi oleh umatnya serta tatkala baginda memohon  ampun dari Allah. Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah  digalakkan dalam Islam ialah:Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan  malah digalakkan dalam Islam ialah:
1. Ketika melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah
Orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan  apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Golongan ini sama sekali  tidak pernah mengeluh malah sentiasa reda dengan apa yang mereka terima.  Maka dengan sebab itu, orang-orang sebegini adakalanya menitiskan air  mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut. 
Sebagai contoh, dalam satu riwayat oleh Anas bahawa Rasulullah berkata  kepada Ubay bin Ka’ab: “Allah menyuruh membacakan kepadamu Surah  al-Bayyinah ayat 1, “Orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang  musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya)  sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata,” Ubay bertanya : “Apakah  Allah menyebut namaku?” “Nabi menjawab ya, lalu menangislah Ubay (kerana  mendengar berita gembira itu). 
Ayat tersebut menyatakan  tentang pendirian kaum Yahudi dan Nasrani terhadap seruan Nabi Muhammad  sebagai Rasul yang telah menerangkan kepada mereka agama yang telah  dibawa olehnya iaitu agama Islam. Mereka (Yahudi dan Nasrani) kenal Nabi  Muhammad yang diutus sebagai rasul kepada umat akhir zaman, tetapi  setelah baginda dibangkitkan mereka tidak percaya malah tidak mahu  beriman kepada apa yang dibawa oleh baginda.
2. Kerana menyesali perbuatan dan dosa yang dilakukan
Tangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah  melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan  bersungguh-sungguh. Ekoran daripada penyesalan itu maka timbul rasa  sedih yang mendalam yang akhirnya akan menitiskan air mata. Tangisan  yang sedemikian itu timbul akibat wujudnya rasa kesedaran yang mendalam  dan rasa takut yang amat sangat kepada Allah. Keadaan sebegini akhirnya  akan mendorong seseorang itu bertaubat dan seterusnya kembali ke jalan  yang benar. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam ayat 82 Surah al-Taubah,  “Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis sebagai  pembalasan dari apa yang mereka telah kerjakan.”
3. Apabila bertambah keimanan kepada Allah 
Iman yang tertanam dalam hati akan terus subur dan mekar apabila  disirami dengan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca dengan penuh  penghayatan sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air  mata.
Tangisan sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya  kerana ia merupakan campuran antara rasa kesedaran dan keimanan yang  tidak berbelah bagi. Justeru tanpa disedari akan bercucuran tangisan  akibat rasa keimanan yang begitu mendalam sebagaimana firman Allah dalam  ayat 58, Surah Maryam; “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat  Tuhan Yang Pemurah, mereka segera sujud serta dan menangis.”
4. Timbul dari rasa khusyuk dan tawaduk
Tangisan seperti ini boleh terjadi apabila seseorang itu khusyuk dalam  beribadat. Air mata yang menitis itu bukan kerana perasaan sedih tetapi  kerana menyedari betapa diri yang begitu kerdil ketika berhadapan dengan  pencipta-Nya. Bahkan, orang yang mencapai tahap kekhusyukan itu  termasuk salah satu dari tujuh golongan yang memperoleh keistimewaan  pada hari kiamat seperti sabda Rasulullah: “Tujuh golongan manusia yang  akan dinaungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada naungan kecuali  naunganNya (iaitu) : Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang dibesarkan  dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya selalu rindu pada  masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu  bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang  diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan lalu ditolaknya dengan  berkata, “Aku takut kepada Allah”, seorang yang bersedekah dalam keadaan  rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh  tangan kanannya dan seseorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan  menyendiri lalu menitis air matanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Bimbang terputusnya rahmat Allah
Suatu hal yang menyedihkan hati dan amat dibimbangi oleh orang-orang  yang beriman ialah terputusnya kebajikan dan rahmat Allah. Apabila  keadaan ini berlaku, ia boleh mengubah suasana hati dan perasaan  sehingga menjadi sedih dan terharu. Sebagai contoh, pada suatu hari  sesudah Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar mengajak Saidina Umar ke  rumah Ummu Aiman seperti mana Rasulullah semasa hayatnya sering  menziarahinya.
Sebaik sampai di rumah Ummu Aiman, tiba-tiba  Ummu Aiman menangis. Kedua-dua tetamunya itu lantas bertanya, “Apakah  yang menyebabkan kamu menangis? Tidakkah engkau tahu bahawa yang  tersedia di sisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih baik?” Ummu Aiman  menjawab, “Aku tidak menangis kerana itu melainkan kerana wahyu dari  langit telah terputus (terhenti).” Kata-kata Ummu Aiman itu ternyata  mengharukan Abu Bakar dan Umar, lalu kedua-duanya turut menangis.
6. Apabila terselamat dari kesesatan dan menemui kebenaran
Adakalanya air mata seseorang itu akan menitis apabila ditunjukkan oleh  Allah jalan yang benar setelah sekian lama hanyut dalam kelalaian atau  kesesatan. Bagi yang berada dalam situasi sedemikian, akan terus  menangis dan tangisannya bukan kerana merasa sedih tetapi kerana terlalu  gembira dengan hidayah yang diterima itu. 
Hal ini pernah  terjadi kepada segolongan pendeta apabila mengetahui al-Quran yang  diturunkan kepada Rasulullah merupakan kebenaran dari Allah seperti  firman-Nya: “Dan apabila mereka itu (segolongan pendeta) mendengar  apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan melihat mereka akan  menitiskan air matanya, lantaran mengetahui kebenaran (seraya) mereka  berkata; “Hai Tuhan kami! Kami telah beriman. Oleh kerana itu, catatlah  kami dalam golongan orang-orang yang menyaksikan.
Dan tidak  patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang  kepada kami, pada hal kami ingin supaya Tuhan memasukkan kami bersama  kaum yang soleh.” (Surah al-Maidah:83-84) Daripada maksud firman Allah  tersebut, jelaslah bahawa tangisan yang positif mempunyai keutamaan di  sisi Islam sehingga tangisan seumpama itu boleh mendatangkan manfaat  yang besar.
Ini kerana, orang yang menitiskan air mata kerana  Allah sebenarnya merupakan orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan  taqwanya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam satu riwayat  dari Abu Daud dan Tirmizi bermaksud: “Kami datang kepada Rasulullah  sedang baginda menunaikan solat. Maka terdengar nafas tangisnya bagaikan  suara air mendidih dalam bejana.”
sumber :dunia macam-macam 
***************************************************************   
 sekadar gambar hiasan
 
Pemuda  :     Anda siapa dan boleh menjawab petanyaan -pertanyaan saya ?
Ustaz      :     Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawap pertanyaan saudara
Pemuda :     Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai org pintar gagal menjawapnya
Ustaz       :    Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
 Pemuda :    Saya ada 3 pertanyaan:-
1.)        Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.)        Apakah yang dinamakan takdir
3.)        Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yg dibuat dari api,tentu tdk menyakitkan buta  syaitan, sebab mereka mempunyai unsur yang sama.
Tiba-tiba ustaz  tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kuat dan bersahaja.
Pemuda (sambil menahan sakit) :   Kenapa anda marah dan menampar saya  tampa sebab.
Ustaz      : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah semua jawapan saya pada soalan saudara tadi.
Pemuda : Saya tak faham, apa kaitan saya ditampar dengan soalan saya?
Ustaz      :Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.
Ustaz      :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda :Ya!
Ustaz      :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda  :Saya tidak boleh.
Ustaz      :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Ustaz      :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak. 
Ustaz      : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak. 
Ustaz      : Itulah yang dinamakan takdir dan jawapan soalan ke dua tadi.
Ustaz      :  saya menapar saudara tadi dengan apa? Dan apakah lapisan tangan saya
Pemuda  : kulit 
Ustaz      : pipi anda diselaputi oleh apa?
Pemuda : Kulit.
Ustaz      : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Ustaz : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
sumber :dunia macam-macam dan telah di edit.
**************************************************************   
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1.	Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2.	Hasan (anak Fatima r.a)
3.	Husin (anak Faimah r.a)
4.	Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin  Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah  siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini  adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak  Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau  orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang  banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu  tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku  layan dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari  siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1.	Hendaklah ia menjaga solatnya
2.	Hendaklah dia bersedekah
3.	Hendaklah dia membaca al-Quran
4.	Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan  memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan  melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1.	Jangan berdusta
2.	Jangan mengkhianat
3.	Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4.	Jangan kencing sambil berdiri
 Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud,  "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." 
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan  dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang  bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu  tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang  berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu  mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap  soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara  kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita  yang jahil takutlah kamu kepada  Allah s.w.t. dan takutlah kamu  kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar  dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku  boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak  akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak  mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya  dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.