RePage ini adalah menghimpunan koleksi cerita lucu,tauladan dan sebagainya lagi untuk dikongsi bersama sebagai hiburan sahaja.Ianya tidak bertujuan membawa maksud terselindung yang mana boleh mengiabkan mana2 pihak.
Anda boleh menulis apa jua cerita di wall
xsmkasl atau hantar karya anda di email :
xsmkasl_87_91@yahoo.com dan ianya akan diupload ke
ini untuk dikongsi bersama.Admin merasakan bahawa ada diantara kengkawan semua yg mempunyai banyak idea ingin dikongsi bersama dan kesempatan itu akan dimanafaatkan sebaik yg mungkin.Jika sambutan menggalakan satu lagi
dengan single page akan diterbitkan sebagai tempat untuk menggumpul hasil tulisan dan idea dr semua geng xsmkasl sesi 87 - 91.
harap maklum
admin.
_______________________________________________
TAKDIR kadang-kadang MEMPERTEMUKAN kita
dengan SESUATU yang tidak diundang,
MEMBERI apa yang tidak dirancang,
MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan...
Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan,
menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan,
menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban,
serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan...
copy from wall and publish by Fatimah
_______________________________________________
gambar hiasan
Kerana sudah berasa insaf, Along pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.
Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu :
"Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".
_______________________________________________
gambar hiasan
Hadiah Cincin Berlian
Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"
Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."