Slogan Kita

"walaupun diantara kita berbeza idealogi,berbeza pendapat dan sebagainya lagi tapi ketahuilah satu perkara yang kita adalah sahabat dan teman selamanya."

Sejarah SMSL ke SMK(A)SL

Sekolah ini mula dibina pada tahun 1979 dan siap pada tahun 1982. Komplek sekolah ini terletak di Kampung Sg Nipah, Mukim Pancang Bedena, Sabak Bernam, Selangor, kira-kira 12 kilometer dari pekan Sungai Besar. Mula digunakan untuk persekolahan pada bulan Januari 1982.

Pada tahun 70an, Bahagian Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor merancang untuk membina Sekolah Menengah Vokasional di Selangor dengan pembiayaan Bank Dunia. Kawasan yang dikenalpasti adalah antara Pekan Sabak Bernam dan  Pekan Kuala Selangor  untuk tapak sekolah tersebut. Hasil perbincangan dengan Majlis Tindakan Daerah dan wakil-wakil rakyat tempatan, satu kawasan di Kampung Sungai Nipah, Simpang Lima seluas 19.75 ekar telah dipilih sebagai tapak untuk pembinaan.  

Pemilihan tapak tersebut adalah berdasarkan beberapa faktor seperti; tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang belum dibangunkan dan kewujudan sebuah sekolah vokasional pastinya dapat membantu menggiatkan serta  memodenkan lagi sektor pertanian di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, apabila sekolah ini dibuka, ia merupakan sebuah sekolah menengah biasa, bukan sekolah menengah vokasional pertanian sepertimana yang dirancang. 

Kenapa SMSL di bina.  

Minat penduduk setempat terhadap subjek vokasional dan potensinya kurang mendapat tempat di hati mereka menyebabkan tiada pendaftaran masuk ke sekolah ini. 
A)  Minat penduduk setempat terhadap subjek vokasional dan potensinya kurang mendapat tempat di hati mereka menyebabkan tiada pendaftaran masuk ke sekolah ini. 

B)  Rayuan penduduk Kg Sungai Nipah dan sekitar pekan Simpang Lima agar sekolah ini ditukar kepada sekolah menengah biasa kerana anak-anak mereka terpaksa bersekolah di SMK Sg. Besar / SMK Dato' Mustapha, Pasir Panjang yang terletak kira-kira 11 hingga 13 km dari rumah mereka . Sekolah tersebut pula mempunyai masalah kesesakan pelajar. 

Bermulanya Era nama Baru SMK(A)SL

Mulai 1988, nama sekolah ini telah ditukar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Lima kepada nama ia sekarang, iaitu SMKA Simpang Lima. Sekolah ini ditukar secara berperingkat menjadi sekolah menengah kebangsaan agama berasrama. Cadangan ini diterima oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (ketika itu) dan Jabatan Pendidikan Selangor atas cadangan Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam dan dikuatkan lagi dengan sokongan PIBG sekolah ini. Keputusan tersebut menggembirakan lagi penduduk setempat dan umumnya penduduk Daerah Sabak Bernam. 

sumber :Http://smkasimpang5.blogspot.com/p/sejarah.html
_______________________________________________________________

Siapakah Kami disebalik kisah diatas. 

Kami adalah generasi terakhir yang membawa nama sekolah SMSL ( sekolah menengah simpang lima ).ketika itu kami menghadapi krisis identity secara mutlak.Pada dasarnya kami dikenali sebagai warga SMKASL tapi hakikatnya kami adalah warga SMSL. Kami dibelenggu dalam semua aspek dan rasa seperti di anak tirikan oleh pihak guru2 disekolah kerana wujud jurang diantara 2 jenama di bawah satu payung.

Dalam banyak hal kami merasakan di pinggir dan terus terpingir. Ada diantara kami yang mulai timbul rasa  rendah diri dan hilang keyakinan dalam mencari ruang disegenap sudut.Siapakah kami ketika itu. Apabila terlalu banyak perselisihan identity maka apa yang dirancang dan cita-citakan selalu melencong dari landasan.....ada kalanya  perasaan itu umpama kita mendapat ibu tiri yang baru. Ibu tiri baru sering dibayangkan dengan ketidak adilan dan banyak yg negetif dari positif.

....ahhhhhh itu semua hanya satu illusi yang menggangu mental dan fizikal dan hakikatnya adalah tidak benar. Tidak ada proses double standard antara generasi terakhir SMSL dan SMKASL.Semuanya adalah sama dari semua aspek. Itu semua  pertelingahan antara HATI dan AKAL.

Malah sepatutnya kami harus bersyukur kerana perubahan jenama itu membawa satu sinar dan suntikan semangat agar terus maju dan berdaya saing dalam pelajaran.Kenapa harus bermonolog dengan diri sendiri sedang realitynya adalah pasti dan banyak positf......

oppppppppp...rehat jap...nak solat magrib....jap lagi sambung balik cerita  illusi ni....hehehehehe

apa lagi ye nak merapu ni.....cukup untuk  hari 3th Oct 2011 dan akan disambung esok....