Slogan Kita

"walaupun diantara kita berbeza idealogi,berbeza pendapat dan sebagainya lagi tapi ketahuilah satu perkara yang kita adalah sahabat dan teman selamanya."

Thursday 6 October 2011

Inflasi...???????? Nak tahu?



SEMUA HURAIAN DIBAWAH ADALAH PANDANGAN PERIBADI  SAHAJA MENERUS SEDIKIT ILMU YANG ADA DAN  PENGGALAMAN HIDUP UNTUK DIKONGSI.
SILA RUJUK KEPADA YANG LEBIH PAKAR ATAU MEMBUAT KAJIAN SENDIRI UNTUK LEBIH PASTI.


Esok belanjawan akan dibentang dan sekali lagi Kadar inflasi akan berubah.
Di Malaysia  Inflasi tahunan kita di antara 2 - 3 % setahun ( sumber yg selalu diumumkan oleh kerajaan )
Tapi....pada aku inflasi tahunan kita Melebihi 4-5 % setahun.
Ramai diantara kita hanya tahu sebut Inflasi tetapi kurang faham apakah maksud sebenarnya Inflasi dan bagaimana ianya mempengaruhi kehidupan kita.

mari kita huraikan maksud inflasi. 


Inflasi secara huraian mudahnya adalah sesuatu keadaan ekonomi yang berlaku di sebabkan oleh kenaikan harga (kebanyakan barangan dan perkhidmatan) yang berterusan sehingga memberi kesan kepada kadar nilai wang semasa.

Oleh sebab itulah, pada masa sekarang adalah lebih mudah untuk  memiliki wang RM100 berbanding dengan 20 atau 30 tahun yang lalu. Ini adalah disebabkan nilai RM sudah jatuh walaupun dari segi (nilai muka) jumlah angka masih tetap sama!

RM100  hari ini jika dinilai atau dihitung pada nilainya jauh lebih murah daripada RM 100 pada  20 atau 30 tahun yang lalu

susah nak faham?....okey aku terangkan pada jalan mudah..

January 2010 kita bawa duit RM 10 dan dapat beli gula 5 kampit.....tapi January 2011 kita bawa duit RM 10 hanya dapat beli gula 4 kampit je....

atau

kuih RM 0.30 sebiji pada january tetapi pada december kuih jadi RM .40 sebiji.

atau paling mudah....

dulu sarapan pagi RM 3 dah cukup untuk teh tari, roti canai dan seketul kuih  tapi kini kita cuma dapat makan roti canai dgn teh tarik je...Kuih tak dapat lagi sbb nilai RM 3 tak cukup untuk bayar kuih.

Berapa keuntungan pelaburan ASB setahun ? 
Kita sering merasa untung dan bijak bilamana kita melabur ASB ( okey la dari yg lain...resiko ditipu)
Kita akan dapat pulangan dividen (kadar keuntungan ) 7% dan bonos  peratus 1% setahun.  ( jumlah 8%)
adakah itu solid dividen?
Sebenaryna TIDAK...

kenapa?..............kerana :

1) Jumlah tersebut hanya akan dikira pada kadar simpanan tetap yg tidak diusik ( keluar dan masuk ) selama setahun. ( ko kena simpan duit kat situ tak leh kuar baru dapat solid dividen,klu kuar masuk ,nilai dividen hanya akan dikira pada kadar nilai yang tidak berusik selama 12 bulan bermula dari tarikh yg ditetapkan sehingga pada tarikh akhir penutupan akaun)

2) kadar keuntungan tersebut tidak di tolak dgn kadar inflasi tahunan.

3) dividen hanya untuk kiraan tahunan bukanya pembahagian pada bulanan.

cth 1 : dividen ASB 8% maka kita kena tolak kadar inflasi tahunan ( kita ambil contoh 4%) maka solid dividen kita hanya 4% sahaja yang tepat.

cth 2 : kita simpan RM 1 ribu january dan waktu itu kita boleh beli satu gelang emas 7 gram....tapi pada december kita beli emas 7 gram pada harga RM 1400 . so...jika dividen 8% ASB kita hanya dapat 400 ratus dari keuntungan tersebut.( hakikatnya kita dapat dividen 800 ratus.)

cth 3 : setahun gaji pekerja dinaikkan antara 10 -15 % dan itu perlu di tolak dgn kadar inflasi 4-5 % dan baki itu adalah kadar sebenar kenaikan....( kalau tak naik lagi haru....sbb gaji kita makna nya turun la...)

okey ...kira cari punya inflasi dan bagaimana ianya berfungi serta menggugat kita.

ada 5 perkara utama yang membuatkan inflasi meningkat...


1. Inflasi Tarikan Permintaan

Berlaku apabila bekalan barangan dan Perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan acara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih.
Contohnya apabila taraf hidup rakyat meningkat dengan kenaikan pendapatan yang diterima oleh kakitangan awam secara automatic barangan akan naik. ( kebiasan nya dan trend malaysia.....tapi klu tak naik sian gak goverments staff ni...nak wat cam ner????)

2. Inflasi Tolakan Kos

Berlaku apabila kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan. Contohnya apabila berlaku kenaikan harga minyak (petrol/diesel/gas) pada masa yang sama kita dapat rasai kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
bab ni sensetif sket nak hurai,..tapi aku nak sebut gak.....kita ni dah jadi mcm..dot.dot.dot....
alahhhhh ko fikirla sendiri malas aku nak tulis sbb semua org tau....

3. Inflasi Bekalan Wang

Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini biasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Wang yang akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa.
 Cth : negara berperang wang tidak menjadi keutamaan tetapi fasalities dan keprluan asas lebih diutamakan.
        hari tu kat TV3 akan siar cerita di benua afrika derang buat forex kat pasar je...bawa duit guna keta
        sorong sbb nilai terlalu rendah dengan matawang asing.


4. Inflasi Pentadbiran Harga

Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoli) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran, dan akan jadilah sistem kehidupan yang dipanggil " siKAYA akan terus KAYA dan siMiskin akan terus MISKIN "Oleh itu kita mesti berbelanja menggikut keperluan sahaja.....cth kalau perlu guna keta sebiji satu umah guna la satu je....lebih2 nak wat apa sbb jarang guna.

5. Inflasi Yang Diimport

Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkan inflasi. Apabila kos bahan-bahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang diimport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedari. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau tidak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memihak kepada negara pengeksport.
Contohnya dalam isu bekalan beras kebelakangan ini.org kita suka beli beras import ( beres siam.) dan pakai pakaian luar negara seprti levis,minyak wangi luar negara dll.....hakikatnya barangan kita pun best gak...
bila berlaku forex ,maka inflasi akan terjadi......
mampukah kita membendung tabiat tersebut...? mampukah kita melawan hawa nafsu JUALAN MURAH barangan antarabangsa..
si KAYA akan berbelanja sakan guna RM shooping kat oversea dan akan terjadi Forex yg tinggi..( dah beli cincin samapi 24 juta maka automatic forex berubah..tu baru soraang kalau 10,100,1000 org... klu betul la cam tu akhir USD 1 = RM 6...cam pound stelling....nasib baik USD kena tambat ...tapi uero tetap naik... 

Justeru itu, adalah penting bagi kita semua memberi perhatian terhadap kos sara hidup kita pada hari ini memandangkan ianya lebih cepat meningkat berbanding dengan apa yang diperolehi hasil daripada pendapatan kita. Ini menjadikan pengurusan kewangan pada hari ini semakin mencabar dan seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya.
esok kita bincang pasal interest pulak cam ner interest menggangu dan menipulasi kita tampa di sedari...

No comments:

Post a Comment