Slogan Kita

"walaupun diantara kita berbeza idealogi,berbeza pendapat dan sebagainya lagi tapi ketahuilah satu perkara yang kita adalah sahabat dan teman selamanya."

Saturday 29 October 2011

Menyingkap Maksud Ukhuwah


Baginda berkata,
"Kalau kamu suka, bolehlah kamu bahagi-bahagikan untuk saudaramu kaum Muhajirin itu rumah-rumah kediaman dan hartabenda kamu dan aku bahagikan kepada kamu harta rampasan itu sebagaimana telah aku bahagikan kepada mereka, dan jika kamu kehendaki untuk mereka harta rampasan dan untuk kamu rumah-rumah kamu dan hartabenda kamu

 

Lalu mereka menjawab
"Kami tidak mahu begitu! Kami serahkan sebahagian dari rumah kami dan harta kami kepada mereka dan harta rampasan itu biarlah mereka saja yang menerimanya, KAMI TAK USAH!!" [1]



Dan Allah abadikan kisah mereka didalam kata-kataNya


"Dan orang-orang (Anshar) yang telah menempati kota (Madinah) dan telah beriman sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin), dan mereka mengutamakan (Muhajirin) atas dirinya sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka itulah orang-orang yang beruntung" [59:9][2]


Sudahlah memberi harta dan rumah, sedikit imbuhan yang ingin diberipun ditolak mentah-mentah. Kenapa? Atas dasar apa?


Sesungguhnya Allah lengkapi hambaNya sebuah kelebihan berbanding hamba-hambaNya yang lain, iaitu perasaan. Perasaan marah, suka, benci dan tenang. Lantaran, yang memberi paling besar maknanya adalah perasaan cinta dan kasih sayang. Perasaan cinta suami isteri, ibu dan anak dan bermacam-macam lagi. Namun, rasa kasih sayang tertinggi pernah dibuktikan oleh sejarah manusia tentunya terjadi dikalangan generasi agung dan terbaik, iaitu generasi Al-Quran para Sahabat. Kerana Muhammad itu bersama-sama mereka, Quran itu didalam jiwa mereka, maka Islam itu cukup mudah di "tulis" dalam riwayat hidup mereka.


Namun, atas apa rasa cinta dan kasih sayang mereka ini mekar? Sehingga sanggup mengorbankan keperluan sendiri demi melihat kesenangan sahabatnya. Walaupun mereka mungkin belum pernah berkenalan sebelum ini.


"Sesungguhnya orang mu'min itu bersaudara (ukhwah), maka damaikanlah antara keduanya dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" [49:10][2]


Tautan ukhwah dan rasa kasih sayang didirikan atas rasa keimanan kerana Allah adalah disebabkan kepercayaan dan rasa ketundukan kita kepada Allah. Di mana rasa keimanan ialah rasa kepercayaan kepada Allah. Kepercayaan yang kuat bahawa dia wujud dan kita berkasih sayang dan marah atas keranaNya.


Atas dasar itu, ukhwah itu perlu dibentuk atas rasa KEPERCAYAAN. Kepercayaan kepada saudaranya yang lain. Kepercayaan dan YAKIN bahawa saudaranya tidak akan MENIPUNYA. Yakin bahawa saudaranya MENEGUR untuk kebahagiaan dan kebaikan dirinya. Dan tidak MELENTING ketika cuba disabarkan. Dan tidak berkata-kata di BELAKANG terhadap saudaranya, malah MELEBIHKAN seseuatu yang diingini oleh sahabatnya.


Kita sering merasa bahawa KAU PERLU MEMAHAMI AKU tapi tidak pernah memikirkan SAHABATKU DI SANA.


Marilah kita atas dasar keimanan kita MEMPERCAYAI sahabat kita. Kita rombak rasa dengki dan sombong dalam diri ini, agar kasih-sayang terpupuk laksana generasi agung para sahabat Rasullullah. Lantaran sehingga mereka di aula kan oleh Nabi tercinta.

"Demi Zat yang jiwaku ditanganNya, seandainya tidak ada hijrah nescaya aku adalah salah seorang dari kaum Anshar. Seandainya seluruh manusia menempuh jalan di satu lereng bukit sedangkan kaum Anshar menempuh lereng bukit yang lain, pasti aku akan menempuhnya bersama orang-orang Anshar. Ya Allah, rahmatilah sahabat Anshar dan anak cucu mereka"[3]

InsyaAllah kita mulakan dengan
"MAAFKAN KU SAHABATKU"

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa sahabatku, agar mereka kau ampuni, Kau hadirkanlah rahmatMu pada mereka agar mereka berkasih-sayang keranaMu, dan tetapkanlah hatiku untuk berjuang untuk mendamaikan mereka dan merapatkan rasa ukhwah ini. Matikanku dengan rasa kecintaanku padaMu dan pada mereka. Amiiin.

Sumber rujukan:

[1] Tafsir Al Azhar, Prof Dr. Hamka, Pustaka Panjimas, 1985
[2] Syaamil Al-Quran, PT Syaamil Cipta Media, 2004
[3] Bagaimana Menyentuh Hati, Abbas As-Siisiy, Era Intermedia, 2001


sumber : http://alia.blogdrive.com



dan sumber ini memberikan pendapat  tersendiri :

assalamualaikum
saya ingin melontarkan sedikit pandangan mengenai kebiasaan remaja pada hari ini.. kebiasaan para remaja yang mempunyai ruh islam.. antara benda yg berlaku pada hari ini, ialah ungkapan 'ukhwah' yg seringkali disalahgunakan oleh golongan muda.. sebagai contoh, seorang lelaki meng'add' seorang perempuan, ataupun seorang perempuan meng'add' seorang lelaki di dalam friendster ataupun YM.. setelah diterima / accepted, perkataan pertama yg pasti diucapkan ialah "Salam Ukhwah" apa yg berlaku sebenarnya ialah org yg meng'add' itu, berusaha sedaya upaya untuk 'menghalalkan' sesuatu yg dianggap sebagai satu kesalahan jika ianya dilakukan oleh para remaja lain (yg tidak ber'ana anta' ) dengan cara 'mengislamisasikan' perbualan antara dua individu yg bukan mahram~ dengan cara memulakan perbualan itu dengan 'Salam Ukhwah' ingin saya tekankan di sini, bahawa maksud 'ukhwah' yang sebenar hanyalah boleh diaplikasikan kepada sesama jantina; bererti ukhwah antara lelaki dan lelaki, dan ukhwah antara perempuan dan perempuan.. jika perkataan ukhwah boleh digunakan tanpa batasan ini, maka beza antara kes ini dengan kes 2 org yg bercouple, hanyalah ucapan 'Salam Ukhwah' yg dimulakan pada permulaan perbualan.. selepas mengucapkan 'salam ukhwah', mulalah si dia ni menghantar kata-kata hikmah, nasihat perjuangan, doa dsb tanpa melihat kepada perbezaan jantina antara kedua2 individu ini.. setelah itu, jika dilayan, akan wujudlah 'cinta ana-anta' yg pernah dibincangkan sebelum ini.. justeru, gunakanlah perkataan 'salam ukhwah' dengan betul


wink
sumber : http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=78&thread_id=7629


dan ini pula, pendapat yang nyata berbeza :

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pula pada manisnya ucapan, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.
 

No comments:

Post a Comment