Slogan Kita

"walaupun diantara kita berbeza idealogi,berbeza pendapat dan sebagainya lagi tapi ketahuilah satu perkara yang kita adalah sahabat dan teman selamanya."

Sunday 2 October 2011

Kawan,Sahabat,Teman di Mana Jua Berada

....bila mana aku bercerita...





Kepada semua kengkawan tak kira kat mana pun berada,sesibuk mana sekali pun,dan sebagainya lagi maka perlulah diketahui bahawa sebelum ini kita pernah menjadi rakan dan teman di alam persekolahan atau mungkin kita juga adalah rakan sekampung.

Fitrah manusia adalah pasti,jika kita masih lagi berjaya menghirup nyaman udara,berpijak di bumi ciptaan ALLAH ini dan berjaya meneruskan perjalanan di planet bernama bumi ini maka kita juga akan menggalami satu perjalanan hidup yang di sebut kenangan.  Kenangan ini terbahagi kepada banyak faktor dan terpulang lah pada kita untuk menghuraikanya  mengikut logik akal dan corak pemikiran sendiri.Jika ianya kenangan indah maka indahlah jadinya tetapi jika ianya kenangan Pahit maka pahit lah jadinya.

Kadangkala, kenangan itu di desfinasikan satu sejarah yang kita tidak akan dapat menggulanginya lagi dan ianya akan tinggal di kotak memori sebagai satu tanda bahawa ianya telah berlalu.Kita hanya dapat mengutip kenangan itu melalui berbagai cara seperti gambar,video dan sedikit pertemuan antara kita.

Menurut satu kajian yang dibuat, Kenangan yang paling selalu di ingati adalah zaman persekolah kerana disitu kita mulai belajar erti sebenar kehidupan.Dengan kata lain di zaman persekolah kita diajar akan satu tanggungjawab sebagai manusia dan insan.Ketika itu kita umpama lava yang baru keluar dari kepompong dan kita membentuk jati diri.


Zaman persekolah rutin kita adalah sangat simple, pergi sekolah,belajar,berkawan,balik rumah,mak sediakan makanan,bermain,mandi,tidur dan sekolah semula kesokan harinya.Sampai masa kita harus melalui peperiksaan dn jawapan hanya ada 2 sahaja. Lulus dan Gagal.

Kini kita menjalani kehidupan sebenar dimana kita harus berjuang terus di bumi yang indah dengan  menjadi seorang captain pada diri sendiri dan tanggungan kita. Mampukah kita?

Pernah kita terfikir,alangkah indahnya jika aku boleh kembali ke zaman silam., aku pasti zaman silam yang ingin kita kembali adalah zaman persekolah. Disitu kita boleh mencorak sesuatu yang kita abaikan ketika itu.Dizaman itu juga fikirankan kita agak lapang berbanding hari ini.
Tapi.......
itu semua tidak mungkin kita perolehi kerana berpatah balik ke zaman silam tidak akan terjadi walau pun hanya untuk sesaat.Itu adalah ketentuan.

Apa yang mampu kita lakukan kini hanya menggutip kenangan tersebut. Di benak fikiran kita timbul persoalan " alangkah seronoknya dapat bertemu teman zaman persekolah dan bercerita tentang kisah silam" atau mungkin juga " dimanakah kengkawan kelas ku dulu....ahhhhh masing2 sibuk dengan tanggunjawab sendiri"

Atas persoalan tersebutlah timbulnya nama re-union. Maka bermula kita menghubungi rakan yang mana ada dalam simpanan kita dan berharap mereka pun akan berfikiran sama seperti kita agar dapat meluangkan sedikit masa untuk berjumpa. Ibarat kata cikgu dulu, manakan ada 5 tampa 1234. Dari satu kawan kita berhubung maka satu kawan lagi kita berjaya. hari demi hari dan rangkai kawan akan terus bertaut dan makin hari makin  ramai sehingalah kita berjaya menjumpai kembali hampir kesemua rakan kita di zaman sekolah.

Lumrah alam, jika hanya sekadar perbualan di corong talefon,tulisan di chat box, email dan sebagainya lagi tidak akan memberikan kepuasan mengutip memori itu. Lalu berniatlah kita untuk berkumpul bersama untuk bercerita, untuk menggetahui,melihat dengan mata kepala sendiri akan keadaan teman kita dulu." benak fikirakan kita akan bertanya " adakah dia sama seperti dulu,gemuk atau kuruskah dia,peragai sama macam dulukah" dan banyak lagi persoalan akan timbul.

Apabila semua telah diatur, maka di hari pertemuan yang di pangil re-union itu bakal tiba ,kita akan merasa satu debaran kencang didada.Keterujaan akan bermain-main di benak minda.Ketika itu nanti kita akan tersenyum sendirian kerana Si A masih seperti dulu, Si B berubah sama sekali dari seoarang periang dizaman persekolah menjadi seorang yang pemalu dan banyak lagi yang akan membuatkan kita terlupa seketika bahawa semua itu adalah satu Fitrah Kehidupan.


Adakah Anda ingin mengutip kenangan tersebut? Adakah Anda sedia untuk bertemu lagi setelah terpisah hampir 20 tahun.?

Jika jawapan nya YA.......

Maka anda harus  menyertai kami untuk  Re- Union  x students SMKASL sesi 1987 -  1991di satu tempat yang akan diberitahu kelak.
Bersama-sama lah kita mengutip kembali Kenangan Indah itu bersama.....

No comments:

Post a Comment